Serangan Sakit Jantung Akibat Kolesterol Tinggi


Berita terbaru yang saya dengar pagi ini adalah seorang artis terkenal di Malaysia dan Indonesia iaitu ASHRAF SINCLAIR suami kepada penyanyi terkenal BUNGA CINTA LESTARI telah meninggal dunia akibat serangan jantung.
Dari dia kita datang kepada dia juga kita kembali
innalillahiwainnailaihirojiun...
Al-fatihah..





Benarkan Kolesterol Tinggi Penyebab
Serangan Jantung?

Kolesterol tinggi merupakan salah satu penyakit yang sering dihadapi oleh masyarakat. Ia selalu dihadapi bagi mereka yang berisiko seperti orang yang berlebihan berat badan, sejarah keluarga yang mempunyai penyakit kolesterol tinggi dan juga mereka yang sedang mengalami penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Anda panggilnya kolesterol tinggi. Tetapi doktor memanggilnya sebagai hypercholesterolemia. Masalah ini boleh dirawat. Tetapi ia memerlukan perubahan terhadap gaya hidup individu tersebut.
Tujuan rawatan ataupun perubahan cara hidup itu adalah untuk mengurangkan kolesterol yang berbahaya kepada badan. Dengan berbuat sedemikian, anda akan mengurangkan risiko untuk terkena serangan sakit jantung dan juga angin ahmar.

Simptom dan Tanda Tanda Kolesterol Tinggi
Kebanyakan mereka yang mengalami masalah kolesterol tinggi pada mulanya tidak mengetahui mereka mempunyai masalah tersebut. Kerana selalunya kolesterol yang tinggi tidak menghasilkan apa-apa simptom kepada pesakit.
Sehinggalah anda kena samada sakit jantung, angin ahmar ataupun tekanan darah tinggi.

Ada juga tanda tanda kolesterol tinggi yang lain. Ianya adalah:


  1. Tendon Xanthoma. Ianya merupakan benjolan kolesterol yang melekat pada sendi. Tanda ini spesifik untuk mereka yang mengalami kolesterol tinggi disebabkan keturunan (Familial hypercholesterolemia)
  2. Xanthelasma. Ia merupakan benjolan kolesterol di sekeliling mata. Tetapi tidak semestinya mereka yang mempunyai tanda ini sedang mengalami kolesterol yang tinggi.
Kolesterol tinggi merupakan punca kepada penyakit jantung, serangan angin ahmar (stroke) dan kerosakan buah pinggang.

Bagaimanakah kolesterol menyebabkan penyakit penyakit ini?
Sebagai analogi,  cuba anda bayangkan lapisan minyak yang berada di pemukaan sup yang telah sejuk. Ia akan membentuk ketulan lilin yang berwarna kekuningan.

Ketulan seperti itulah yang akan terenap di dalam saluran darah apabila anda memiliki paras kolesterol yang tinggi.

Ia akan menyebabkan pengaliran darah menjadi tidak lancar dan tersumbat.

Jika pembentukan ketulan itu berlaku di saluran darah jantung, bekalan darah dan oksigen ke jantung akan terhenti dan tisu jantung mati serta berhenti berfungsi.

Keadaan yang sama berlaku jika ketulan itu berada di saluran darah lain di dalam tubuh.

so lets buang kolestrol dan jangan bagi peluang ia bertapak dalam badan kita..



PERHATIKAN VIDEO INI 

kolesterol tinggi

Tulisan yang menarik dari Dr Norman Norawi. 
Omega 3 adalah 'minyak sihat' yang sangat baik untuk kesihatan jantung...

Omega 3 bersifat anti keradangan yang mencegah masalah atherosklerosis iaitu pengerasan saluran darah yang menjadi punca kepada masalah serangan jantung dan kardiovaskular

Dalam dos yang lebih tinggi Omega 3 membantu menstabilkan degupan jantung

Omega 3 juga mengawal paras Trigliserida iaitu lemak yang tidak sihat dalam darah yang menyebabkan penyumbatan saluran darah dan penyakit kardiovaskular..

Omega 3 memperlahan pembentukan plak kolesterol pada dinding dalam saluran darah dan mencegah serangan jantung..

Amalkan makanan yang tinggi Omega 3 seperti ikan, udang, sotong dan makanan laut dan juga kita boleh mengambil Omega 3 dalam bentuk suplemen minyak ikan setiap hari untuk mendapat faedah kesihatannya...InsyaAllah

#drnorman #infosihat #omega3 #cardiovasculardisease




Selain mengawal pemakanan kita seharian, saya sangat sarankan anda mengambil supplemen untuk mencukupkan lagi nutrisi di dalam badan.

Set Kolesterol Shaklee ini sangat penting kerana dia membantu mencegah, mengawal dan menghalang kolesterol dan pembentukkan kolesterol yang baru.


Fungsi Phytocol-ST
  • Pengambilan supplemen yang kaya dengan fisoterol dapat berganding dengan kolesterol ‘baik’ untuk menyerap kolestrol ‘jahat’ yang tak diperlukan.
  • Fisoterol ini berfungsi menyerap kolestrol LDL yang berlebihan dalam tubuh. Lebih tinggi kandungan fisoterol dalam badan kita, lebih cepat paras kolestrol kita dapat diturunkan.
  • Phytocol-ST Shaklee adalah 100 peratus semulajadi dan dirumus khas dengan ramuan terpilih secara klinikal untuk menghindar penyerapan kolesterol dalam tubuh sekaligus mengawal paras kolesterol.


Perbezaan Phytocol-ST Shaklee ini adalah:
  • Ianya dirumus dengan campuran bahan yang mengandungi fisoterol semulajadi dalam tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan bijirin.
  • Disamping itu ianya menampung 2000mg fisoterol daripada tumbuhan untuk keperluan seharian tubuh manusia.
  • Fisoterol telah terbukti secara klinikal dengan ujian makmal dapat merendahkan paras kolestrol LDL.
  • Mengikut saranan kandungan fisoterol yang digariskan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).


Fungsi Omega Guard
  • Minyak ikan yang terkandung dalam Omegaguard Shaklee diperlukan untuk kesihatan jantung:
  • Mempertingkat paras kolestrol ‘baik’ dalam pembuluh darah
  • Menyahkan kolestrol ‘jahat’ ke hati untuk disingkirkan
  • Menurunkan paras kolestrol ‘jahat’
  • Melakukan pembersihan salur darah dari plak yang terkumpul


Amaran pertama sakit jantung anda masih boleh diselamatkan tapi malangnya jika amaran kedua sakit jantung anda sudah tidak mampu bergerak lagi.
Takut bukan? Ajal tidak lewat walau sesaat.

Bangkitkan kesedaran di dalam diri anda sendiri bahawa nikmat kesihatan yang baik perlu anda hargai.

Jika anda sudah pun tau tahap kolesterol anda, usaha dan ikhtiarlah dengan sumber semulajadi.

Order Set Kolesterol 
JOM PM SAYA UNTUK CERITA TENTANG SHAKLEE 

Detail seterusnya BOLEH KLIK DI SINI 
Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat

Post a Comment

0 Comments