Dividen ASB Berapa Peratus Untuk Tahun 2022?



Setiap awal tahun memamg ditunggu-tunggu pengumuman ASB. Simpanan tu tak la banyak mana tapi itu la yang boleh diguna pakai bila terdesak. Tak rugi menyimpan duit. 

DIVIDEN ASB TAHUN 2022


Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) telah mengumumkan agihan pendapatan 3.35 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit kepada pemegang unit ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Berikut adalah info yang berkaitan tentang pengumuman Dividen dan Bonus Amanah Saham Bumiputera [ASB] dan kadar Dividen serta Bonus yang bakal diterima oleh setiap pemegang unit.



PERBEZAAN DIVIDEN ASB MENGIKUT TAHUN

Sedikit perkongsian untuk menyemak perbezaan dividen tahun-tahun sebelumnya. Dah tengok jangan pulak keluarkan semua duit yang ada sebab dividen yang merundum. Hehehe Ini semua adalah kesan ekonomi global. 



Dulu saya juga pernah merasa dividen 8 peratus. Dulu ilmu cetek, tak tau pun nak simpan duit masa kerja sikit-sikit pun.. Sekarang la baru celik mata. 

Satu-satunya bank lagend dan paling lama. Setia betul saya dengan ASB. Nak citer lebih sikit duit UMRAH tahun 2022 pun saya simpan di ASB. 

Terima kasih kerana membaca. Tujuan entri ni saya tulis adalah semata-mata nak tunjuk Dividen ASB Berapa Peratus Pada Tahun 2022. Boleh lah rancang perbelanjaan dari dividen yang anda dapat.


Post a Comment

0 Comments