Boleh Makan Ke Vitamin Yang Dah Tamat Tarikh Luput?



Persoalan ini memang selalu muncul bagi mereka yang baru nak mengamalkan vitamin untuk kesihatan. Ada yang berani, ada yang tak berani meneruskan pengambilan vitamin yang dah tamat tarikh luput. 

FAKTA DARI GOOGLE 

Sebelum itu ketahui apa itu FDA? Food and Drug Administration (FDA) atau Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan adalah badan yang bertugas mengatur makanan, tambahan makanan, ubat, produk biofarmasi, transfusi darah, alatan perubatan, alatan untuk terapi dengan radiasi, produk veterinar dan kosmetik di Amerika Syarikat.

Kenyataann pada gambar di bawah adalah dari sumber google akan terjawab juga persoalan anda Boleh Makan Ke Vitamin Yang Dah Tamat Tarikh Luput? 


APA PERBEZAAN BEST BEFORE DAN USE BEFORE 

Best Before/Best By (Elok Sebelum) dan Use Before (Guna Sebelum)

Sebelum cerita lebih lanjut nak bagitahu semua bahawa produk Shaklee adalah produk yang dihasilkan 100% dari bahan-bahan semulajadi. Tiada bahan perasa atau pewarna tiruan yang digunakan dalam penghasilan semua produk nya.



Untuk produk yang tertera tarikh Guna Sebelum/Use By, selepas tarikh tersebut, produk itu mestilah dibuang dan tidak boleh dimakan kerana ia berbahaya untuk dimakan.

VITAMIN BOLEH ADA TARIKH LUPUT KE?

Jawapannya ya dan juga tidak. Ini kerana luputnya sesuatu vitamin itu tidak sama dengan luputnya makanan yang kita makan. Secara tradisionalnya, makanan yang telah luput akan menjadi tidak selamat untuk dimakan. 

Namun, vitamin yang telah luput pula tidak akan mengandungi bahan toksik atau beracun, sebaliknya, ia akan menjadi kurang berkesan atau efektif dalam menghasilkan kesan yang sepatutnya. Ini kerana bahan ataupun ramuan yang terdapat dalam produk vitamin tambahan akan beransur-ansur terurai, mdenjadikannya semakin lama semakin tidak efektif.
Menurut Erin Stokes, Pengarah Perubatan di syarikat MegaFood, terma ‘tarikh luput’ yang disertakan pada botol produk vitamin bukan bermaksud ia akan menjadi toksik atau beracun selepas tarikh tersebut. Sebaliknya, ia menjanjikan produk tersebut mengandungi kesemua kandungan yang dinyatakan, dalam dos yang sama seperti yang tertera pada label produk.

Nak lebih faham lagi walaupun dah tamat tarikh luput tapi kandungan di dalam botol tersebut tidak berkurang. 

KESIMPULANNYA 

Selagi ia tidak berbau pelik atau nampak semacam, ia masih boleh diimakan. Anda masih boleh buat keputusan untuk memakannya atau tidak.

Bagi saya sendiri setiap ahli baru atau lama saya akan bagitahu cara penyimpanan yang terbaik untuk semua produk vitamin Shaklee. Mungkin ada yang terlepas pandang label yang ada pada setiap botol produk shaklee seperti di bawah ini sudah pun jelas dinyatakan.



Sebab sumber semula jadi tidak akan ada sebarang tindak balas kimia melainkan ada pencemaran semasa pengendalian. Jadi saya harap penjelasan ini akan beri sedikit pencerahan kepada anda semua tentang isu ini.

Jemput like dan share jika ini bermanfaat untuk semua. 

Post a Comment

3 Comments

仙妮 said…
Thanks so much for sharing this informative info here, it's important to be aware whether anh harm if consume expired vitamins. Cheers SiennyLovesDrawing
Mrs Pip said…
Ooo baru tahu pasal tarikh luput vitamin. Selama ini kak pip buang ja vitamin yg hampir2 tarikh luput pasal ingatkan nny bertoksik kalau Kita consume, laaa rupanya boleh ja makan pula.
Mama Reen said…
OO rupanya vitamin dah xpired masih boleh makan, selalunya dah lepas setahun saya buang. Tq atas info diberikan, sangat bermanfaat...