12 Soalan-Soalan Lazim Age Defence Moisturizer SPF 50




Soalan-soalan Lazim Age Defence Moisturizer SPF 50

Soalan 1
S: Berapa banyak dan bagaimana caranya untuk saya gunakan produk ini? 
J: Picit pada jari, calitkan ke seluruh muka, dan ratakan dengan lembut supaya ia masuk ke dalam kulit. Sapukan lebih sedikit pelembap ini 15 minit sebelum terdedah kepada matahari dan sapukan semula sekurang-kurangnya setiap dua jam.


Soalan 2
S: Terdapat banyak pelembab waktu siang di pasaran. Apa yang menjadikan lagi produk ini menonjol dari saingannya? 
J: Formulasi ringan, tiada sisa dan kaya kelembapan ini mempunyai pelindung matahari yang dihasilkan secara semula jadi yang memberikan perlindungan bebas kimia, SPF 50, spektrum luas UVA / UVB. Ia juga mengandungi biopolimer marin semula jadi yang melindungi anda daripada pencemaran, antioksida berpaten yang memberi pertahanan terhadap radikal bebas, dan vitamin serta minyak berkhasiat yang melembapkan kulit anda dan memperbaiki penampilan tona kulit secara menyeluruh.



Soalan 3
S: Berapa kerap perlu saya sapukan semula pelembab ini jika saya berada di bawah matahari sepanjang hari? 
J: Jika anda akan berada di luar untuk tempoh yang panjang - terutama jika anda akan berenang dan berpeluh (berkelah di pantai, bermain sukan, berkebun, dsb) - anda perlu menyapukan semula produk SPF 50 anda setiap dua jam. Ini adalah formulasi yang tidak kalis air, jadi untuk sebarang aktiviti di luar, sapuan semula diperlukan untuk perlindungan matahari yang optimum.

Soalan 4
S: Adakah produk penjagaan kulit Youth benar-benar bebas dari bahan kimia? 
J: Kesemua produk kami direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia merbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan yang memberikan impak kepada anda dan planet kita. Kami telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak, dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru, sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan yang diperlukan. Malah, kami telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produk kami selamat.


Soalan 5
S: Apakah langkah-langkah untuk penjagaan kulit Youth? 
J: Dengan Set Permulaan YOUTH, anda perlu mengikuti rutin 3 langkah mudah untuk siang dan malam:
PAGI: Selepas pembersihan, sapukan penyegar, Day Moiturizer dengan SPF.
MALAM: Selepas pembersihan, sapukan penyegar, krim malam.
Mulakan Sehari ini. Cubalah Set Permulaan YOUTH kami!

Soalan 6
S: Berapa lama set permulaan Youth boleh bertahan?
J: Produk dalam set ini biasanya boleh bertahan sehingga dua bulan, bergantung kepada penggunaan.



Soalan 7
S: Adakah wajah saya memerlukan penyegar?
J: Ya! Penyegar mempunyai pelbagai manfaat. Ia membantu untuk menseimbangkan paras pH kulit anda dan menghilangkan kekotoran serta partikel solekan yang halus. Bahkan, penyegar memberikan kulit nutrien yang penting.

Soalan 8
S: Pelindung matahari yang mana baik untuk muka saya? 
J: Sentiasa pilih pelindung matahari yang mempunyai spektrum luas, direka untuk melindungi anda daripada sinaran UVA dan UVB. Sinaran UVA boleh menyebabkan kedutan dan penuaan pramatang, sinaran UVB pula bertanggungjawab mengakibatkan selaran matahari dan perubahan warna kulit.


Soalan 9
S: Adakah saya perlu memakai pelindung cahaya matahari ketika berada di dalam bangunan? 
J: Ya. UVA boleh menembusi kaca dan menembusi jauh ke dalam kulit anda, mempercepatkan penuaan, kedutan dan kehilangan keanjalan. Jadi, meskipun ia kelihatan berlawanan dengan gerak hati, gunakanlah pelindung matahari sepanjang hari, setiap hari, sama ada anda berada di dalam atau di luar!

Soalan 10
S: Adakah berkemungkinan menghadapi masalah kulit sensitif secara tiba-tiba? 
J: Ia bergantung kepada keadaan. Umur, persekitaran, gaya hidup dan diet anda, aktiviti hormon anda selain pakaian dan perhiasan diri yang anda pakai juga boleh menjadi pencetus berlakunya kulit sensitif. Ada kala kulit boleh menjadi sensitif akibat punca luaran seperti pencemaran dan cuaca sejuk.



Soalan 11
S: Bagaimana saya boleh melapiskan produk penjagaan kulit saya?
J: Melapiskan penjagaan kulit dengan betul boleh mensasarkan semua masalah kulit anda dengan berkesan dan menambahbaik keadaan kulit anda. Mengikut kebiasaan, mulakan dengan produk yang bertekstur cair ke pekat. Maka, susunan yang betul untuk diikuti adalah pembersih-penyegar-serum-pelembap-pelindung matahari.

Soalan 12
S: Bolehkah saya mencampurkan serum dan pelembab saya? 
J: Kami sarankan sapukan serum anda terlebih dahulu, biarkan kulit anda menyerapnya selama dua minit, sebelum menyapukan pelembap untuk mengunci kebaikan daripada serum anda. Mencampurkan kedua-dua produk akan mengurangkan manfaat serum.



INFO BERKAITAN YOUTH SKINCARE



Post a Comment

0 Comments