5 Tanda Kurang Air Dalam Badan Yang Perlu Anda Ambil Tahu


60% daripada badan anda terdiri daripada 
air, oleh itu pastikan badan sentiasa terhidrat 
untuk fungsi tubuh yang optimum. Teruskan 
membaca untuk mengetahui apakah kesan 
dehidrasi terhadap badan anda.

5 Tanda Kurang Air Dalam Badan Yang Perlu Anda Ambil Tahu 

1) Anda Tidak Boleh Fokus atau Berfikir Dengan Jelas
  1. Otak memerlukan air yang cukup untuk berfungsi dengan baik. 
  2. Sekiranya dehidrasi berlaku, anda akan sedar bahawa fungsi kognitif atau mood anda akan berubah dan mungkin menyebabkan anda menjadi keliru atau tidak fokus.


2) Anda Mengidam Sesuatu Yang Manis
  1. Apabila anda dehidrasi, anda mungkin mengidam sesuatu yang manis kerana tubuh anda memerlukan bantuan menghasilkan glikogen, suatu bentuk karbohidrat yang disimpan dan digunakan oleh tubuh sebagai bahan bakar.
  2. Tindakan:- Minum air segelas besar atau makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air.


3) Anda Merasa Letih atau Pening
  1. Air membantu tubuh anda mengawal kadar gula dalam darah dan oksigen yang membantu anda berasa bertenaga. 
  2. Tanpa pengambilan air yang secukupnya, badan anda tidak boleh memproses nutrien secara optimum, yang menyebabkan keletihan dan pening.


4) Anda Tidak Dapat Melakukan Senaman Dengan Baik
  1. Dehidrasi menurunkan tekanan darah, menjadikan jantung bekerja lebih kuat, di mana 
  2. ia memberi kesan kepada seberapa banyak anda boleh melakukan senaman. 
  3. Dehidrasi melebihi 5 peratus menurunkan keupayaan bersenam sebanyak hampir 30 peratus!
  4. Tindakan:- Kekal terhidrat sebelum, semasa dan selepas bersenam!


5) Anda Mengalami Jantung Berdebar-debar
  1. Dehidrasi membuang elektrolit daripada badan menjadi tidak seimbang, mengakibatkan tekanan darah yang lebih rendah. Ini memberi ketegangan tambahan pada pelbagai bahagian badan termasuk jantung. 
  2. Akibatnya, anda mungkin berasa jantung berdegup kencang atau mempunyai kadar denyutan yang tidak normal.


Tahukah Anda?
Cara pantas untuk 
melihat sebanyak mana 
anda terhidrat adalah 
dengan memeriksa 
warna air kencing anda.



Minum dan Kekal Terhidrat!
Dengan OPTI-LYTE™, campuran elektrolit 
proprietari ditambah campuran unik karbohidrat.
  1. Memberi tenaga segera dan berterusan.
  2. Menyokong penghidratan optimum. 
  3. Dalam perasa Oren atau Lemon-Lime yang enak.




INFO BERKAITAN PERFORMANCE DRINK 

Minuman Menyegarkan
Cara Hilangkan Dahaga Ketika Berpuasa
Air Penghilang Dahaga


Untuk Join Ahli Klik Di sini
Dapatkan Harga Ahli Yang Murah Klik Di sini

Post a Comment

0 Comments