5 Tips Travel Paling Bagus Dan Jimat Duit



Tips travel paling bagus dan jimat duit untuk anda! Sebelum pergi bercuti banyak perkara penting yang perlu dipersiapkan agar percutian berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Mungkin pada mata kasar, kita sudah menyelesaikan semua perkara-perkara penting tersebut. Namun apabila tiba harinya, barulah kita perasan ada yang masih kurang. Jadi, dalam keterujaan anda untuk pergi bercuti, pastikan anda tidak terlepas melakukan perkara-perkara ini sebelum pergi bercuti..

5 Tips Travel Paling Bagus Dan Jimat Duit 

1. Cari tempat percutian yang sesuai. 

Sebelum pergi bercuti mesti kita nak tahu tempat yang paling best. Sekarang pun kita dah dihidangkan dengan pilihan yang banyak melalui banyak cabang media sosial. Kalau saya sendiri suka pilih dalam negera sahaja. Yang penting dalam bercuti bersama-sama keluarga. 

Saya sendiri suka memilih tempa-tempat bersejarah, taman-taman, tempat mandi tertutu atau terbuka. Asalkan dalam 1 kawasan percutian tu tak jauh dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Mudah nak keluar dan mudah nak balik semula ke hotel. 
Ini adalah langkah paling awal perlu anda lakukan. Sebelum pergi bercuti ke mana sahaja, pastikan anda telah melakukan serba sedikit carian mengenai negara yang anda ingin kunjungi. Selain bagi memastikan percutian anda lancar, ia juga penting agar anda tahu anda berada di tempat yang selamat.




2. Pilih hotel yang murah.

Yang ini memang wajib bagi yang jarang-jarang pergi bercuti. Sekarang memang banyak pilihan. Anda boleh download aplikasi HOTEL MURAH OYO. Saya boleh katakan setiap tempat ada hotel murah oyo serendah RM50.

Pilih hotel yang murah sebab kita stay kat hotel hanya tidur sahaja. Sudah semestinya masa percutian, kita habiskan dengan berjalan-jalan tak kan nak duduk hotel jer. Betul tak? Tak rugi kalau kita pilih hotel yang murah asal boleh mandi, tidur dan solat. 



3. Bawa baju mengikut keperluan.

Selalunya bab ni lah yang selalu terlebih dan ade yang terkurang. Saya bagi petua untuk baju tidur. Baju tidur boleh diulang pakai jika kita memilih untuk bercuti 2 malam. Sebab waktu tidur hanya dibilik saja tak akan keluar lagi ke mana-mana. 

Jika anda seorang lelaki elakkan dari membawa seluar jeans yang tebal. Untuk wanita bertudung pula bawa 2 helai sahaja dan padankan dengan warna baju yang sesuai  Tak de lah bawa setiap baju sehelai tudung  Kan dah banyak ruang. Begitu juga stokin, hansock dan kasut/selipar yang sesuai. 

Untuk masuk ke dalam beg, tak perlu seorang satu beg. Paling tidak 1 beg untuk 2 orang. Cara lipat baju hanya dengan menggulungnya sekecil yang boleh. Mudahkan tips travel yang saya kongsi ini.



4. Elak makan di luar.

Jika kita memilih hotel atau homestay yang dah lengkap dengan peralatan memasak, kenapa tidak kita beli di kedai runcit ikut kuanti yang sesuai dan masak sendiri. Dengan cara ini sangat menjimatkan duit. Jika kita makan di luar dengan kos RM100 sekali makan. Dengan masak sendiri kita boleh jimat separuh dari harga tersebut. 

Mana tak nya makan di luar masing-masing order berlainan jenis makanan dan minuman. Dengan masak sendiri walau pun sejenis makanan dan minuman dah mampu buat kita kenyang.
Alternatif lain ialah anda boleh selidik dahulu lokasi tempat makan yang murah atau “street-food” yang makanannya jauh lebih menyelerakan. Ini juga cara terbaik untuk anda menimba pengalaman melancong di tempat orang. Ruang dapur yang telah disediakan dah pastinya lagi jimat dan tak membazir untuk sentiasa makan di luar. 



5. Tidak perlu beli cenderamata yang keterlaluan.

Kalau pergi bercuti mesti cenderamata tu tak boleh tinggal  Bukan tak boleh beli. Tapi ala kadar jer. Tak perlu yang besar-besar cukup hanya boleh d diibuang kenangan. Tujuan asal kita untuk merasai percutian yang santai-santai dan tenangkan fikiran. Bila dah beli barang-barang yang tak perlu, duit pun habis. 
Pada zaman teknologi masa kini, untuk lebih menjimatkan wang, gunakan aplikasi gambar yang pelbagai untuk merakam segala aktiviti menarik, tempat bersejarah dan adat tempatan untuk diabadikan sebagai memori. Malah, kenangan seumpama itu dapat disimpan dengan lebih lama.



Sekian sahaja perkongsian Tips 5 Tips Travel Paling Bagus Dan Jimat Duit dari saya. Semoga bermanfaat. Maaf jika serba kekurangan. Tips-tips ini boleh digunakan untuk menjimatkan belanja ketika bercuti dan ikut perancangan secara berdisiplin. Pasti anda mampu untuk menikmati percutian yang menarik tetapi menjimatkan.Nak lebih banyak lagi tips travel lagi menjimatkan dari sahabat blog saya Zahirah Mohamad Tips Travel

Post a Comment

0 Comments