Tiada Lagi Masalah Rambut Gugur Dengan Set Penjagaan Rambut ProSante Shaklee


Masalah keguguran rambut selepas melahirkan anak merupakan antara cabaran yang harus dilalui oleh para ibu. 

Walaupun masalah ini bersifat sementara, namun ianya boleh berlanjutan jika langkah pencegahan yang tepat tidak diambil. Teruskan membaca untuk mengetahui pengalaman ibu-ibu ini dan bagaimana mereka mengatasinya.



Rambut Kembali Kuat!
Nur Fathihah Wan Su | 30, Kuantan

Selepas melahirkan anak kedua, saya mengalami masalah keguguran rambut yang sangat teruk. Saya sangat risau setiap kali menyikat rambut apabila melihat gumpalan rambut pada sikat. Keadaan ini berterusan agak lama dan saya berasa sangat bimbang akan masalah keguguran rambut saya.

Kemudian, saya diperkenalkan dengan Penjagaan Rambut ProSante. Selepas menggunakannya, saya dapati keguguran rambut saya mula berkurang. Saya tidak lagi risau untuk menyikat rambut. Dengan penggunaan yang berterusan, rambut saya kelihatan lebih tebal dan lebih sihat. 

Manfaat daripada bahan-bahan semula jadi di dalam produk ini membantu menguatkan akar rambut saya. Saya sangat sukakan ProSante!




Rambut Lebih Lebat dan Lebih Sihat Bukan Lagi Mimpi
Tracy Christy Baikit | 31, Kota Kinabalu

Saya seorang ibu dengan 3 orang anak. Selepas melahirkan anak pertama, saya tidak mengambil sebarang produk kesihatan. Setiap kali mencuci dan mengeringkan rambut, saya dapati banyak rambut yang gugur. Pada mulanya, saya menganggap ini perkara biasa. Namun lama-kelamaan, rambut saya menjadi semakin nipis. Apabila diikat, rambut saya hanya kelihatan seperti ekor kucing dan bukan ekor kuda. Bimbang keadaan ini berterusan, saya membuat keputusan untuk memotong rambut. 

Kemudian, saya menyedari bahawa tubuh badan saya ini - luar dan dalam - kekurangan nutrisi. Kemudian, saya menemui Shaklee. Saya mula konsisten mengambil Vivix, ResV, Sustained Release Vita-C Plus dan Omega Guard.

Saya juga menggunakan set Penjagaan Rambut ProSante dan Penjagaan Kulit YOUTH. Perubahan yang saya alami memang sangat ketara – saya berasa lebih bertenaga, rambut kelihatan lebih tebal dan kulit saya juga lebih berseri! 

Saya menggalakkan semua wanita, terutamanya selepas melahirkan anak, untuk memperbaiki diri dari dalam kerana penjagaan diri itu amat penting untuk kekal cantik dari dalam ke luar.



Hadapi Dunia dengan Penuh Yakin
Mimi | 35, Miri

Saya mengalami masalah keguguran rambut yang serius selepas melahirkan anak bongsu. Rambut saya semakin menipis sehingga ada bahagian kulit kepala yang nampak kosong. Keguguran rambut ini menyebabkan saya hilang keyakinan diri. Ada kalanya, saya berasa sangat malu untuk bertemu dengan orang lain. Saya mencuba banyak syampu di pasaran untuk mengurangkan keguguran rambut tetapi tidak berkesan. 

Kemudian, saya diperkenalkan dengan Penjagaan Rambut ProSante®. Saya menggunakannya dengan kosisten dan dapat melihat hasil yang positif! Rambut saya mula tumbuh dan kelihatan lebih tebal! Saya sangat teruja dan gembira dapat mengembalikan kecantikan rambut. Kini, saya boleh menghadapi dunia dengan penuh yakin!


SET PENJAGAAN RAMBUT PROSANTE
Kulit Kepala yang Sihat adalah Asas 
kepada Rambut yang Sihat.

Revitalizing Shampoo
(1) Menyegarkan, melicinkan kutikel dan melebatkan rambut
(2) Rambut lebih kuat, bersinar dan berdaya tahan.

Nourishing Scalp Treatment 
(1) Menyubur, menguat dan melebatkan rambut serta mengurangkan keguguran rambut semasa disikat.
(2) Melindungi keseimbangan lembapan-minyak sihat semula jadi.

Replenishing Conditioner 
(1) Menguat, melembut dan menambah kilauan.
(2) Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan hujung rambut yang bercabang.





KEBAIKAN SET PENJAGAAN RAMBUT PROSANTE SHAKLEE
  1. Dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi
  2. Lembut pada kulit kepala
  3. Bebas sulfat
  4. Tanpa paraben



Dapatkan Harga Ahli Yang Murah Di sini
Kenali Kak Shida di sini Empayar Kami


Post a Comment

5 Comments

Ziana Eunos said…
Betul rambut gugur ok dan rasa lebih lembut segar bila guna set prosante ni kan
flizzy86 said…
rambut gugur ni memang menambah stress,sbelum botak memang kena cari solusi..yong suka bau dia,wangiii
Mrs Pip said…
Bagusnya ada produk yg membantu rawat rambut gugur. Buat stress rambut gugur ni, plus hilangkan keyakinan diri juga .
仙妮 said…
This hair care range so good to help those in need due to hair loss kan. Thanks for sharing this. Cheers Siennylovesdrawing
shidarahmat said…
@Ziana Eunos akak pun dah guna. bau memang tak wangi tapi cukup segar kulit kepala tak gatal