10 Manfaat Amalkan Gaya Hidup Sihat



Pilihan dan pendekatan yang diambil bagi diet dan senaman harian adalah kayu ukur kepada tahap kesihatan anda. Menariknya, hanya sedikit perubahan mudah dari segi diet dan gaya hidup yang perlu dilakukan untuk mendapat manfaat yang tidak disangka-sangka!

10 MANFAAT AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

  1. Boleh membantu anda hidup lebih lama. Sel yang sihat menahan dari virus-virus jahat masuk dalam badan
  2. Mengurangkan risiko penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan banyak lagi.
  3. Menguatkan perlindungan imun ini sangat penting supaya badan tidak mudah kena jangkitan penyakit.
  4. Menyokong otot yang sihat dan tulang yang kua untuk membuatkan mampu bergerak dengan selesa.
  5. Menyokong pengurusan berat badan menjadi lebih mudah.
  6. Mood dan tahap tenaga yang lebih baik untuk menjalankan aktiviti seharian.
  7. Tidur yang lebih lena dan tenang tanpa gangguan.
  8. Sistem pencernaan yang sihat dan lancar setiap hari.
  9. Membantu menyingkirkan bahan kumuh dan toksin yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit jika tidak dkeluarkan.
  10. Kulit yang lebih sihat dan berseri supaya lebih berkeyakinan.


AMALKAN PEMAKANAN SIHAT 

Pengambilan diet yang seimbang dan sihat akan membekalkan nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh badan anda untuk berfungsi setiap hari.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengamalkan konsep “Suku-Suku-Separuh”
semasa menikmati sajian anda. Selain itu, ambil suplemen secara bijak untuk merapatkan jurang nutrisi bagi memastikan fungsi badan anda berada pada tahap optimum.

Nutrisi yang perlu untuk tubuh badan boleh baca di sini ...

KANDUNGAN PINGGAN SIHAT 

Isi pinggan anda dengan:
• ½ pinggan sayur dan buah
(saiz cekup kedua-dua belah 
tangan) 

• ¼ pinggan protein –
daging tanpa lemak, ikan, 
kekacang, telur dan tauhu
(saiz satu tapak tangan) 

• ¼ pinggan karbohidrat –
nasi perang, mi atau bihun,
roti dan bijirin berserat tinggi 
serta bijian penuh
(saiz satu genggaman)


Sajian yang seimbang adalah sajian yang sihat. Suku-Suku Separuh adalah kaedah yang bagus untuk mengamalkan tabiat makan yang sihat sama ada di rumah atau ketika menjamu selera di luar.


CARA KEKAL SIHAT 

Kekal aktif adalah antara perkara penting dalam amalan gaya hidup sihat bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik. 
Cuba aktiviti berbasikal, berjalan pantas 
atau berenang. 

Libatkan diri dalam aktiviti gaya hidup harian seperti menaiki tangga dan melakukan kerja rumah atau latihan kekuatan contohnya menggunakan 
pemberat tangan, qigong mahupun yoga.

Anda disarankan untuk melakukan aktiviti fizikal selama 150 minit setiap minggu. JOM AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT bagi memudahkan kita melakukan aktiviti harian. 


Untuk info lebih lanjut boleh klik pada gambar 



Post a Comment

0 Comments