Eldeberi Beri Yang Luar Biasa


Saiznya kecil. Kuasanya besar. Elderberi adalah Makanan Luar 
Biasa (superfood), penjana nutrien, kaya dengan fitonutrien. Selama berabad-abad, Elderberi terkenal kerana mempunyai pelbagai manfaat kesihatan yang mengagumkan, termasuk kesihatan imun.

MANFAAT ELDERBERI YANG MENGAGUMKAN
1) Tinggi Kandungan Antioksidan
Sumber asid fenolik, flavonol, Vitamin A dan C yang bagus, iaitu antioksidan utama untuk membantu melawan radikal 
bebas dan tekanan oksidatif.

2) Kaya dengan Polifenol-Antosianin
Nutrien utama dalam Elderberi, antosianin adalah sebatian yang bertanggungjawab memberikan buah ini warna ungu gelap dan ia popular dengan sifat antikeradangan dan 
antikarsinogenik, manfaat kesihatan kardiovaskular dan kesihatan imun. Elderberi mengandungi lebih banyak antosianin berbanding beri yang lain.

3) Secara tradisional digunakan untuk melegakan simptom 
demam dan selsema
Makanan perubatan dan penawar semulajadi dalam perubatan tradisi rakyat Eropah untuk membantu melegakan demam, selsema, sakit-sakit badan, batuk, hidung tersumbat dan sinus.

4) Meningkatkan Pertahanan Badan
Mengandungi ciri antibakteria dan antivirus semulajadi, yang boleh membantu badan anda melawan jangkitan.

5) Mempercepatkan penyembuhan, Mengurangkan demam 
dan selsema yang berpanjangan.
Kajian mendapati bahawa penghidap selsema mengalami tempoh serangan yang lebih pendek dan simptom yang kurang teruk apabila mengambil ekstrak elderberi pada permulaan kemunculan simptom. Sebatian dalam elderberi didapati menyekat protein dalam virus selsema daripada melekat kepada sel perumah. Ini dapat menjelaskan mengapa ia kelihatan boleh melawan selsema.

NILAI ORAC UNTUK PELBAGAI JENIS BERI

Eldeberi mengatasi beri yang lain


Jadi, sekiranya anda mahukan cara pengambilan yang benar-benar bermanfaat untuk seisi keluarga, maka vitamin Shaklee adalah pilihan yang paling tepat sekali!

Untuk Pertanyaan dan Order 
Kenali Kak Shida di sini 

0 ulasan: