Fakta Menarik Mengenai Elderberi


Elderberi telah dinobatkan sebagai ‘bintang imun’ bagi tahun 2020 dan 2021 serta telah mencipta gelombang dalam industri kesihatan, termasuk suplemen. Ketahui fakta menarik mengenai buah ungu ini!

1) Dikenali sebagai Super Beri, elderberi padat dengan antioksida unggul seperti antosianin polifenol, asid fenolik, flavonol, Vitamin A dan C. Ia mengandungi lebih banyak antioksida berbanding strawberi, beri biru, raspberi dan kranberi


2) Elderberi telah diketengahkan dalam banyak kajian-kajian terkini yang menyokong penggunaan elderberi untuk kesihatan imun seterusnya menjadikannya bintang kesihatan imun bagi tahun 2020 dan 2021


3) Antosianin adalah sebatian yang bertanggungjawab memberi warna ungu gelap kepada elderberi dan ia popular dengan ciri anti-radang, anti-bakteria, anti-virus, anti-oksida dan manfaatnya ke atas kesihatan imun seperti mengurangkan gejala-gejala selesema dan flu, batuk, hidung tersumbat dan resdung.


4) Unsur dalam elderberi boleh menghalang virus daripada melekat dan memasuki sel untuk mencegah virus-virus daripada replikasi bagi melindungi anda daripada risiko jangkitan.


5) Putik Elderberi yang mentah tidak boleh dimakan! Putik elderberi, daun dan tangkainya mengandungi glikosida sianogenik yang akan ditukarkan kepada sianida melalui proses metabolisma. Sianida adalah bahan beracun yang boleh menyebabkan cirit birit, muntah, loya dan lebih teruk lagi kematian!


6) Elderberi mempunyai bau yang agak wangi dan rasa yang tidak terlalu manis, sedikit masam dan pahit. Ia biasanya digunakan dalam masakan dan pembuatan produk makanan seperti jem, pai, sirap, teh, pastil dan lozeng.


Terdapat 4 jenis produk Shaklee yang mengandungi makanan tinggi nutrien berwarna ungu ini.



Post a Comment

0 Comments