Kisah Benar Bekas Pesakit Covid


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Entri kali ini, saya nak kongsi apa yang diceritakan oleh bekas pesakit covid iaitu anak downline saya sendiri dari team INDAH LEGACY. Dia seorang yang pemalu untuk bercerita dan tak tahu bagaimana nak ceritakan bahawa covid itu sangat bahaya. 

Kak Mek orangnya sangat lembut dan berbudi bahasa. Bukanlah seorang yang peramah tetapi berbicara hanya jika perlu dan yang penting sahaja. Mendapat jangkitan virus di tempat kerja.
Mari saya ceritakan apa yang telah diceritaknnya kepada saya. Kami bercerita melalui telefon dalam masa 1 jam lebih kurang. Saya ceritakan seberapa ringkas yang boleh untuk sama-sama kita faham apa yang kak mek nak sampaikan.

Soalan pertama saya bertanya kepadanya 'kak mek, Covid tu sakit tak? Jawab Kak Mek "SAKIT SANGAT".
Saya sendiri yang mendengarnya sudah rasa tak keruan. Kak Mek ceritakan terus pada awal dia mula demam on off bermula 28/4/2021. Dia menjangkakan hanya demam biasa. 6 hari selepas itu pada 2/5/2021 barulah dia pergi sweb test dan keputusannya keluar adalah POSITIF. Inilah pengajaran dan dugaan yang sangat besar baginya. Asbab 6 hari itu yang tidak terfikir langsung tentang jangkitan wabak ganas yang sedang melanda.

Pada 3/5/2021 hari dia menerima keputusan itu sememangnya dia sudah mengalami rasa sesak nafas. 5/5/2021 dia terus dibawa ke hospital kerana kekurangan oksigen. Ketika di hospital, deria bau dan rasa mula menjengah malah nak menelan makanan pun susah.

Sehingga satu tahap dia menangis kerana terlalu sakit disamping itu hari-hari kena ambil darah untuk diuji. Jururawat cek tekanan darah dan scan untuk paru-paru tanpa henti setiap jam. Menjadikan dia bertambah stress.

JANGAN BUAT SAMBIL LEWA KERANA PUNCA KEMATIAN COVID JUGA BUKAN KERANA PENYAKIT KRONIK. 
Tekan link untuk fakta kes Kematian Covid Bukan Berpunca Dari Penyakit Kronik


Di dalam ceritanya kak mek juga dia bagitahu bahawasanya 'COVID AKAN BONGKAR PENYAKIT YANG ADA DALAM BADAN KITA DI MANA SEBELUM INI KITA TIDAK ADA PENYAKIT ITU' Bermaksud di sini jika kita tak ada penyakit buah pinggang bila covid menyerang automatik penyakit itu ada. Sebab itu lah rata-rata yang mengalami sakit buah pinggang akan di pantau sehingga ke dalam ICU.

Nah!!!! Awasss semua!! 

Ini adalah realiti bukan fantasi. Apa yang saya ceritakan ini hasil dari kejadian yang berlaku dari kak mek sendiri. Di mana ketika itu bacaan kencing manisnya melonjak naik secara tiba-tiba sehingga bacaan 22. Sedangkan sebelum ini dia tiada rekod kesihatan kencing manis, hanya ketika dia hamil anak bongsu saja kencing manis itu ada. Selepas dari itu bacaan adalah normal.

Menurutnya saban hari kematian dari sudut kiri, kanan dan depan akan lalu di depan matanya. Itu membuatkannya lebih takut. Hanya Allah sahaja dia berserah segalanya kerana waktu itu dia tidak mampu solat kerana batuk yang berterusan sehingga memaksa dia menggunakan pampers untuk air kencing yang keluar ketika batuk.

Setelah 7 hari di hospital, doctor membenarkan dia balik pada malam raya 12/5/2021. Di mana ketika itu badannya masih lemah. Namun dia bersyukur dapat bersama keluarganya berhari raya walaupun terpaksa meneruskan kuarantin. 

Untuk pengetahuan semua anak-anak dan suaminya tidak mengalami jangkitan covid. Mereka menjalani sweb test sebaik sahaja kak mek dimasukkan ke hospital pada 5/5/2021. Hasil keputusannya mereka dikuarantin kerana kontak rapat dengan kak mek. Doctor hanya kategorikan mereka sebagai bergejala. Pelik bukan? Sedangkan mereka serumah. Ikuti kisah seterusnya kerana saya akan terangkan BAGAIMANA CARA COVID MEREBAK? 


Ketika dan waktu kak mek telefon saya ini pada 29/5/2021 kak mek sudah sihat sepenuhnya.  Di mana dalam tempoh pemulihannya di rumah dia sangat tertekan dan kecewa kerana nak menguruskan diri sendiri pun tak mampu untuk bergerak. 

BAGAIMANA COVID MEREBAK? 
Tekan link ini untuk fakta lebih telus Cara Covid Merebak

Di atas ini adalah soalan yang kak mek ajukan kepada saya. Semasa di dalam hospital dia sentiasa bertanya kepada doctor yang datang merawatnya. Bermacam-macam soalan yang diajukan dan di atas ini adalah salah satu yang paling terkesan pada dirinya dan pada saya jugak. Ilmu ini sangat berguna untuk kita semua. JADI,, PASTIKAN ANDA BACA SEHINGGA HABIS YEAA..

MEMANG BETUL COVID MEREBAK MELALUI AIR LIUR MANUSIA ketika bersin dan bercakap. Jadi sila ambil perhatian. Jika seseorang tu tidak memakai pelitup muka walaupun sesaat di tempat awam, maka virus akan menerjah ruangan udara anda jika anda juga tidak memakai pelitup muka. Virus Covid sangat mudah dan pantas masuk ke dalam badan anda melalui hidung dan mulut. AWAS!!!!

WAJIB PAKAI PELITUP MUKA DENGAN KEMAS DAN BETUL 



GUNA SANITIZER DAN CUCI TANGAN SEBELUM ANDA MENYENTUH MANA-MANA BAHAGIAN MUKA ANDA.



TEMPOH PROSES PEMULIHAN DI RUMAH 
Dalam tempoh pemulihan di rumah selain mengambil ubatan yang telah di sediakan oleh pihak hospital kak mek juga mengamalkan vitamin Shaklee iaitu ResV, Vitamin C, B Complex dan Nutrifeeon. Selain itu juga seluruh keluarganya mengamalkan pemakanan yang sihat. 

Kini bacaan kencing manisnya telah kembali normal iaitu pada bacaan 6 sahaja. Alhamdulillah segala usaha dan ikhtiarnya di rumah telah pulih dari rasa stress dan down paling teruk. 


KESIMPULAN DARI KISAH BENAR 
Siapa pun anda, berapa pun usia anda, anda ada penyakit kronik atau tidak, anda hanya hanya duduk di rumah atau bekerja tidak akan menghalang virus covid dari terus merebak jika anda tidak mematuhi garis panduan yang telah KKM tetapkan.

SEDARLAH VIRUS COVID ITU WUJUD

Jadi, sekiranya anda mahukan cara pengambilan vitamin yang benar-benar bermanfaat untuk anda, maka vitamin Shaklee adalah pilihan yang paling tepat sekali!

Untuk Pertanyaan dan Order 
Kenali Kak Shida di sini 







4 ulasan:

Atul Hamid said...

Peritnya sampai nak makan pun tak lalu

shidarahmat said...

dalam hospital dia ade voice akk .. dengar suara dia perghhh suara orang tak cukup nafas tu.. akk boleh menangis dengar suara dia.

Syahida Ali said...

Tingginya bacaan kencing manis. Memang real covid 19 ni. Semoga Allah ampunkan dosa kita dan angkat cepat2 virus covid. Aamiin

shidarahmat said...

sangat tinggi. yang tak pernah jadi .. aaminnn semoga kita djauhkan dari segala musibah